MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 27 April 2009

MEE REBUS UDANG

Mee rebus resepi dari mak..
Ini ada resepi mee kegemaran kami sekeluarga , resepi ni saya belajar dari mak saya. Dulu arwah mak memang akan masak mee ni kadan-kadang bila masak mak saya tak letak ubi keledek yang dilenyek tapi mak akan masukkan telur sebiji demi sebiji . Sekarang selalu juga saya masak mee rebus ni dan anak-anak yang paling suka makan .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ubi keledek
1 kilo udang sederhana besar
500 gm daging
2 peket fish ball
1-2 peket mee
5 cawan air dari rebusan daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
200 gm udang kering-rendam dulu sekejap

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)
Taugeh - jumlah beli seringgit je

CARA-CARA MEMASAK:

- Kupas ubi keledek dan dipotong kecil kemudian rebus sampai empuk. Bila dah masak dan empuk lenyek sampai hancur halus.
- Daging juga direbus sampai empuk dan daging ini dipotong nipis dan kecil-kecil. Air rebusan daging di simpan untuk masak kuah nanti.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan daging yang sudah di potong nipis-nipis tadi.

* Kalau kuah nak pedas lagi tambah la cili kisar masa menumis . Anda boleh ubah suai resepi ni ikut pada citarasa sendiri ..kalau nak kuah lebih tambah la lagi air dan kalau nak kuah lagi pekat tambah la ubi keledek lenyek lagi.


- Bila kuah sudah agak panas masukkan semua ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dan terus mengacau kuah.Masukkan garam dan biarkan sampai kuah mendidih selama 15 minit lagi.
-Masukkan semua fish ball dan udang tadi dan terus mengacau bila udang sudah masak boleh la ditutup api.
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup. bawang goreng dan cili. Dah siap , sedap mee ni cuba la masak sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan