MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 7 Mei 2009

LASAGNA


BAHAN-BAHAN:
1 kotak lasagna
3-4 tin sos pasta/spaghetti PREGO
1 paket sausage
1 paket ayam kisar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK WHITE SOS:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 cawan cream
1 cawan cheese monzarella + cheddar
Sedikit black pepper + garam + serbuk oregano

CARA MEMASAK SOS :
Sos spaghetti
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak.Masukkan garam jika kurang masin.

White sos
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kemudian masukkan cream dan terus kacau kuah ini .Bila kuah mula mendidih masukkkan semua cheese , serbuk oregano dan black pepper . Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah dan tambahkan sedikit garam jika masih kurang masin.

CARA MEMASAK :

Masakkan air dalam periuk dan biar sampai mendidih , masukkan satu sudu besar minyak ke dalam air yang mendidih kemudian masukkkan sekeping demi sekeping lasagna dan rebus lasagna sampai lembut dan masak , angkat dan tos lasagna , leraikan sekeping demi sekeping . Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai.

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos spaghetti
C - lapis sos putih
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan dan untuk lapisan atas sekali mesti letak sos putih dan tabur cheese cheddar dan mozarella dengan banyak.



Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese. Nak banyak mana cheese ikut suka la.


Bakar dalam suhu 170 darjah selsius selama 30 minit .

1 ulasan:

  1. as salam nannie :)

    sedap2nya resepi kat sini. akak follow n link blog ya :) salam kenal juga.

    BalasPadam